Hari Isnin, 1 Syawal 1427 Hijrah
;Pagi tu, tak taula kenapa, Nabeeha bangun awal betul, tak payah pun Ibu ngan Ayah kejutkan. Tengah Nabeeha terkebil-kebil, Nabeeha nampak ayah dah siap mandi dan bersiap-siap pakai baju batik hensem dia. Eh, apsal pulak Ayah siap awal sangat hari ni, excited sangat ke dia nak gi keje ari ni... selalunya liat benor Ayah nak bersiap gi keje.... lagipun ari ni ari Senin, kenapa pulak Ayah pakai baju batik? selalunya Ayah pakai baju tu ari Jemaat je bila nak gi semayang Jemaat....pas tu tetiba Nabeeha dengar Ayah ngan Ibu cakap ''Nabeeha, bangun sayang, kita nak gi naik train nie, nak gi beraya kat Stockholm''. Apa bende ye beraya tu? ntahla, tapi bunyi cam seronok je... lagipun Nabeeha memang suka naik train... tut tuuuuuu!!!!!
Pas siap2 mandi ngan gosok gigi sambil telan ubat gigi, Ibu siap2 sediakan baju spesel warna merah. Baju ape ye namanya? tak pernah pulak ibu pakaikan baju ni kat Nabeeha sebelum ni... Oooo Ibu kata baju ni namanya baju kuwong. Kak Farha kat Malaysia pun ada baju yang sama macam ni. Baju ni nipis je, tak macam baju2
autumn Nabeeha yang lain, jadi Nabeeha kena pakai
legging tebal ngan baju
thermal kat dalam sebelum ibu sarungkan baju kuwong ni. Siap je Ibu ngan Ayah pakaikan baju kuwong tu Nabeeha cepat2 tengok kat cermin... wah! sapa bilang gadis melayu tak menawan?... Ibu pun pakai baju kuwong gak... baju Ibu kaler biwu, cantik betul nampak Ibu pagi tu... lebih cantik dari ari2 biasa, tapi Nabeeha lagik cantik laaa (Ibu jangan jeles ek!!)....

Dah siap2 pakai baju, Ayah ngan Ibu tolak Nabeeha yang berbungkus dalam
winter stroller spesel ke train station. Tak lama pun Nabeeha tunggu, train dah sampai.. tapi ayah ni lambat betul tolak stroller Nabeeha naik train, so Nabeeha pun marah laa kat dia sebab Nabeeha nak cepat2 duk dalam train!! Kat atas train, Nabeeha nak duk kewusi seniri sebelah Ibu... Ayah macam biasa, kena duk sowang2 sebab dia kena buat keje biasa; amik gamba Nabeeha ngan Ibu berposing. Sampai kat Stockholm, Nabeeha naik pulak subway train untuk ke
Östermalmstorg. Sampai kat
Östermalms Ayah ngan Ibu tolak stroller ke
Karlavägen tempat Malaysian Embassy, tapi Nabeeha tak ingat pun masa jalan kaki tu sebab hari hujan, Nabeeha pun duk diam2 dalam stroller sambil tutup mata.
Tak sedar pun bila kami sampai kat Embassy tu, sebab Nabeeha seronot betul tido. Sedar2, Nabeeha dengar orang tengah 'nyanyi' Allahu Akbar banyak kali. Ibu kata Ayah ngan kawan2 Ayah tengah takbir raya. Nabeeha pun duk diam2 dengar owang takbir. Sedap betul diowang takbir, tapi dalam banyak2 tu suara Ayah la paling sedap sekali!!!


Lepas takbir ngan semayang raya, Nabeeha join Ibu ngan Ayah makan juadah hari raya. Ada lemang, wendang, laksa Penang, mihun sup, nasik beyani

, kek, kuih raya, mi goweng.... banyak betul!... sambil makan tu, Nabeeha pun main lari2, pas tu panjat tangga kat Embassy tu.. Ayah pulak sibuk berborak ngan kawan2 dia esp. uncle Mat ngan uncle Khalid. Tapi selalu jek dia ngan Ibu tak senang nak makan ngan borak2 tu sebab dia kena kejar Nabeeha bila Nabeeha mula panjat tangga... biar Ayah terkejar2, biar kurus sikit pewot dia tu!!! Sambil makan2 tu kami pun amik gambar beramai-ramai ngan Mr. Ambassador Jasmi (
the nicest Malay in Stock
holm). Lepas beraya kat Embassy, uncle Khalid ajak kitowang gi beraya kat umah owang Melayu lain pulak kat Stockholm ni. Uncle Khalid ni memang selalu baik hati, dia ajak kami naik keta dia gi beraya tu. Mula2 kitowang gi umah uncle Pok, lepas tu kami gi pulak umah
parents untie Yasmin. Punyala jauh umah diowang tu, pukul 10 malam baru kami abih beraya. Lepas tu bila abih beraya tu, uncle Khalid antar kitowang ke Terminal Train Stockholm. Pukul 11 baru kami sampai ke terminal, pas tu kol 11.10 kami bertolak balik ke Uppsala.
Penat gak Nabeeha beraya aritu tapi memang seronot betul. Tengoklaa masa kat dalam train tu, mata Nabeeha masih buntang walaupun dah dekat pukul 12 tengah malam! Kami sampai umah dekat pukul 12.45 tengah malam. Sampai je kat umah, tetiba Nabeeha rasa ngantuk. Pastu Nabeeha pun naik atas katil. Pastu Nabeeha pun mimpi beraya ngan Atuk, Neneks (Nenek Kuantan ngan Nenek Johor), Buyut, Kak Farha, Pacit Shahrin, Mak Long Johor, Mak Ngah, Macit Ayu, uncle Jimmy, Pak Usu, Nek Lah, Atuk Asan, Nenek Siti, kawan2 Ayah ngan Ibu kat UIA tu, ngan suuuma
family kat Malaysia. Selamat Hari Raya!!! zzzzzzzzzzzzzzzz......
